
Laman Web Rasmi
KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
KUBANG PASU BERHAD





MENGENAI KOPASU
KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KUBANG PASU BERHAD telah ditubuhkan pada tahun 11 Februari 1931. Pejabat Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kubang Pasu Berhad beroperasi di Taman Pasu, Jitra Kedah. Pada peringkat awal penubuhannya, Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kubang Pasu Berhad hanya terlibat dalam urusan kredit. Sehingga Kini, koperasi ini masih menjalankan perniagaan yang sama iaitu kredit disamping menjalankan aktiviti-aktiviti pembekalan mesin dan sebagainya.
​
Selain itu,koperasi juga terlibat dalam aktiviti perkhidmatan seperti perkhidmatan pembaharui cukai jalan dan insurans, dan cuci bangunan/kawasan pejabat, Jadi, koperasi bekerja keras bagi memastikan pembekalan/perkhidmatan yang dijalankan adalah berkualiti tinggi dan memenuhi kehendak pelanggan.
​
Matlamat penubuhan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kubang Pasu Berhad adalah untuk menyediakan perkhidmatan dan produk terbaik kepada anggota-anggota, kakitangan kerajaan serta masyarakat sekitar Kubang Pasu. Koperasu Pegawai-Pegawai Kerajaan Kubang Pasu Berhad juga berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada anggota dan masyarakat. Kini, koperasi bergerak maju setapak ke hadapan bagi melibatkan diri dalam bidang perniagaan seperti pembekalan dan perkhidmatan yang sedang diceburi sekarang.