top of page

PROJEK DAN PERNIAGAAN

Bahagian projek dan perniagaan mula ditubuhkan pada tahun 2016, mempunyai Lesen Kewangan, lesen CIDB dan Sijil Perniagaan. Selain itu, bahagian projek dan perniagaan menjalankan aktiviti perniagaan seperti Insurans dan Roadtax, Sewa Bilik Seminar dan telah berkolebrasi bersama Pusat Tuisyen Genius untuk anak-anak Anggota Koperasi dan bukan Anggota.

​

Setakat hari ini, bahagian projek telah menjadi pembekal peralatan untuk projek di Empangan Muda, pengumpulan data parameter hasil tuaian, dan holding box untuk kegunaan lori penghantaran padi kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Selain daripada itu, kami juga membekal Unit Pam Mudah alih kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk pintu air Taman Bagan Butterworth,SPU. 

​

Selain menjadi pembekal Bahagian Projek dan Perniagaan juga menyediakan perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan di kawasan pejabat Bahagian Mekanikal dan Elektrikal, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Woksyop MADA, Jitra Kedah.

Collision Coverage

INSURANS & ROADTAX

Menyediakan perkhidmatan Insurans travel, Insurans Kenderaan dan juga Cukai Jalan. Dan yang istimewanya kepada anggota koperasi boleh membuat pembiayaan sebanyak RM500.00 sehingga RM2,000.00 mengikut harga Insurans & Cukai Jalan kenderaan.

20180208_133019.jpg

PUSAT TUISYEN & BILIK SEWA SEMINAR

Menyediakan kelas tuisyen kepada anak-anak anggota koperasi bermula dari umur 5 Tahun sehingga 17 Tahun (Tingkatan 5).

Diskaun 30%-50% untuk Anggota Koperasi

​

​

Construction Project

PROJEK KERJASAMA

Bahagian projek & perniagaan menyediakan perkhidmatan mencuci dan membersih bagunan/kawasan pejabat dan membekalkan perkhidmatan/peralatan bagi menyiapkan sesebuah projek bersama kontraktor.

bottom of page